PERKEMBANGAN SEMASA ASRAMA FASA 2

ISNIN – 19 Jun 2023

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru sedang menjalankan pembinaan asrama fasa 2 bermula April lepas. Asrama fasa 1 telah pun siap dibina pada tanggal 10 Mac 2023 selama 8 bulan proses pembinaannya.

Berikut merupakan gambar perkembangan semasa pembangunan asrama fasa 2 yang mana berada di tahap pemasangan BRC seterusnya memasukkan konkrit untuk membuat slab tingkat bawah.

Pembinaan asrama fasa 2 sehingga hari ini telah memakan kos sebanyak RM81,812.83 merangkumi upah tukang dan bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan. Kami masih lagi memerlukan sebanyak RM 478,087.17 lagi untuk menyiapkan keseluruhan banguna asrama fasa 2.

Kami menyeru semua pembaca agar bersama membantu bagi merealisasikan impian kami untuk menyiapkan asrama fasa 2 ini pada disember 2023 dan mengongsikan iklan ini kepada kenalan yang lain supaya ramai yang akan membantu.

One comment

Comments are closed.